Click here for Myspace Layouts

Tuesday, 27 December 2011

bERtuaHkan sape YanG jd PeNEroka ??



  • Bonus ini sebagai menghargai sumbangan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara serta  insentif menghantar hasil melalui Felda
     dari Januari 2011 hingga Oktober 2011.
  • PERDANA MENTERI,Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan semalam,Felda akan membayar bonus insentif produktiviti kepada peneroka tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM102,584,000 pada akhir bulan ini.
  • Kadar bayaran bonus sebanyak RM400 sehingga RM1,200 iaitu bergantung kepada hasil dan melibatkan seramai 95,949 peneroka

....>>>BONUS INSENTIF PRODUKTIVITI 2011 INI AKAN DIBAYAR DI PEJABAT RANCANGAN .KERAJAAN HARAP PEMBERIAN BONUS INI AKAN MENJADI PERANGSANG KEPADA PENEROKA DI SELURUH NEGARA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIGIH LAGI BAGI MENINGKATKAN PRODUKTIVITI MASING-MASING.......

-Najib Tun Razak>perdana menteri

=diambil daripada petikan akhbar UTUSAN MALAYSIA bersamaan sabtu,24/12/2011,,,,:)..thx coz sudi bace..~~"

Friday, 23 December 2011

~>prodata,UFIDA jalin perkongsian strategik,,

Kumpulan Felda Global (Felda Global) telah memeterai perkongsian strategik anak syarikatnya,Felda Prodata Systems Sdn.Bhd. (Prodata) dengan UFIDA Software Co.Ltd. (UFIDA) untuk bersama-sama mempromosikan dan mengedarkan penyelesaian perancangan sumber perusahaan  UFIDA di pasaran Malaysia dan Asia Tenggara .


     Prodata adalah sebuah syarikat penyepaduan sistem yang terkemuka di Malaysia manakala UFIDA meruakan pembekal perisian pengurusan terbesar di Asia Pasifik.


      Kedua-dua syarikat akan bergabung kepakaran untuk memasarkan penyelesaian perancangan sumber perusahaan (ERP) bagi syarikat-syarikat di Malaysia dan Asia Tenggara.


       Prodata berkata,perkongsian strategik itu membabitkan pembangunan perniagaan,pelaksanaan,penyelenggaraan dan sokongan teknikal termasuk khidmat jualan sebelum dan selepas penyelesaian,


        "Kerjasama ini selaras dengan strategi Prodata untuk menambahkan penawaran produk dan perkhidmatan kepada pelanggan.


          "Buat masa ini,Prodata menyediakan perkhidmatan perkakasan komputer dan penyelesaian IT kepada FELDA,Felda Global dan pelanggan luar lain termasuklah Kementerian Pertahanan,Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,Kementerian Belia dan Sukan,Lembaga Hasil Dalam Negeri,Universiti Malaysia Pahang dan Agrobank,"kata Prodata di sini hari ini.


           Tambah Prodata,pada masa yang sama,ia juga akan mempercepatkan perkembangan perniagaan UFIDA di arena antarabangsa melalui perkongsian strategik tempatan.


           Sementara itu,Residen Felda Global,Datuk Sabri Ahmad berkata,kerjasama itu bakal menyediakan satu platform kepada kedua-dua pihak memanfaatkan kepakaran masing-masing.


           "Kami percaya kerjasama dengan rakan kongsi strategik adalah satu cara untuk menjadi kompetitif di  pasaran global,"ujarnya.


             Sabri menambah , UFIDA mempunyai asas pelanggan sejumlah 1.2 juta serta penawaran penyelesaian yang menyeluruh,sekali gus menjadikan perjanjian itu satu peluang menarik untuk Prodata serta bersesuaian dengan strategik pertumbuhan Felda Global.






>.....<...>>diambil dari petikan di dalam UTUSAN MALAYSIA pd 23/12/2011..sekian,,wslm....=="hehe..penat sbenonye menaip berjeler-2 nie..xpe lah..demi blog..sy sggop..:)..bubye sume take care..^,^

Wednesday, 21 December 2011

~wah,betul ke ni??~

FAEDAH PENEROKA FELDA DIJAMIN???


Peneroka Felda di negara ini tidak ada sebab untuk menolak penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) memandangkan segala faedah yang diterima sebelum ini masih dikekalkan.


  Pengerusi Felda,Tan Sri Isa Samad berkata,penyenaraian itu baik untuk peneroka,baik untuk Felda dan baik untuk negara kerana faedah lain seperti pemberian dividen oleh Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebanyak 15% serta bantuan duit raya dan bonus akan dikekalkan. 


   "Felda sudah melaksanakan lebih 70-80% usaha penyenaraian oleh bank yang dilantik untuk tujuan itu.Felda juga akan terus mengadakan perbincangan dengan KPF dari semasa ke semasa,"katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil Kemahiran Yayasan Felda bagi sesi 2/2011 di Kuala Lumpur,semalam.


    "Saya sendiri pergi ke semua wilayah.Ada 11 wilayah.kita dah pergi semua,kita beri penerangan kepada pemimpin peneroka dan saya fikir mereka mulai faham,"katanya lagi.



     Menurut Isa,usaha penyenaraian itu penting bagi persiapan buat Felda dalam menghadapi cabaran kini dan masa depan.


     Di bawah cadangan penyenaraian itu,peneroka akan menukar kepentingan 51% mereka di dalam Felda Holdings melalui KPF bagi mendapatkan 61% penguasaan FGVH.


     KPF memiliki 51% di dalam Felda Holdings manakala FGVH memegang baki 49%.....




   >petikan ini di ambil di dalam surat khabar METRO pada 21/12/2011...sekian,,wasalam,,,,,..>,<


    

Tuesday, 20 December 2011

AtAs namA ~CINTA~



CINTA..






Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku,



Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUi-Mu.


.
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku,



Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGan-Mu..



Andai saja kau JAUH dari diriku,



Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku..



Andai saja kau HILANG dariku..



Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku!













Cinta..






Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihat-Mu..



Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku..



Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan..



Biar harta dan jasad terkorban..












Kerana cinta ini yang ku damba!







Cinta..






Menyebut nama-Mu takkan pernah jemu..



Mengingatimu takkan pernah lupa..



Memujimu takkan pernah rapuh..



Janji-Mu sentiasa teguh..



Cinta sehidup dan selepas mati..



Cinta yang sentiasa bahagia walau derita..



Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu!



Aku hidup kerana cinta itu!



AKu mati kerana cinta itu!







Cukup bagiku cinta-Mu..



Itulah pelindung yang memeliharaku..



Itulah ketenangan yang mententeramkan aku..



Itulah kebahagiaan yang menyinariku..







Engkau yang selalu ada..



Engkau yang sentiasa bersama..



Saat suka dan duka..



Aku cinta pada-Mu..



Aku cinta pada takdir-Mu..



Aku cinta pada jalan-Mu..










Atas nama cinta..









"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."






Atas nafas cinta...






Subhanallah..



Alhamdulillah..



Allahu Akhbar..



Jihad cinta buat-Mu ya Rabb..


.
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingati-Mu..






Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman pada-Mu..

-insya ALLAH-

sememangnya ISLAM agama yang mulia di sisi ALLAH S.W.T,,

‎*"Jangan bangga dgn handphone mahal/canggih, 




kerana alat komunikasi yg boleh menyelamatkan kita 




adalah DOA "












*''Jangan bangga dgn rumah mewah,




 kerana rumah terakhir kita adalah KUBUR














*''Jangan bangga dgn title/gelaran, 




kerana title kita yg terakhir adalah... ALMARHUM"









*"Jangan bangga dgn wajah yg cantik/handsome,



 kerana wajah kita yg terakhir adalah TENGKORAK "



















*"Jangan bangga dengan kereta mewah ANDA,






 karena kereta terakhir ANDA adalah KERANDA
 JENAZAH"












*"Jangan Sombong dengan Tempat tidur,







 Kerana yg terakhir adalah TANAH",,






















(JADI RENUNG-2 KAN LAH,,DAN SELAMAT BERAMAL WAHAI TEMAN),,,

"~~ISLAM ITU INDAH~~"

‎"Cinta yang dicari tanpa melalui Pencipta adalah cinta yang tiada batasnya. 




Cinta tanpa batasan hanya cinta sekadar hiburan.




 Hiburan yang bukan hanya melalaikan jiwa, menggelapkan hati malah buta pada Pencipta.








 Apabila musibah melanda, mula salahkan Tuhan kerana tidak menyedarkan daripada leka. 








Hati kita yang lemah, sentiasa digodai nafsu, sebab itu kita kena berpegang pada sandaran yang kukuh, Allah S.W.T. 






Adanya Iman.. apapun cabaran kita tetap mara ke hadapan. Insya-Allah."