Peneroka Felda di negara ini tidak ada sebab untuk menolak penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) memandangkan segala faedah yang diterima sebelum ini masih dikekalkan.
Pengerusi Felda,Tan Sri Isa Samad berkata,penyenaraian itu baik untuk peneroka,baik untuk Felda dan baik untuk negara kerana faedah lain seperti pemberian dividen oleh Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebanyak 15% serta bantuan duit raya dan bonus akan dikekalkan.
"Felda sudah melaksanakan lebih 70-80% usaha penyenaraian oleh bank yang dilantik untuk tujuan itu.Felda juga akan terus mengadakan perbincangan dengan KPF dari semasa ke semasa,"katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil Kemahiran Yayasan Felda bagi sesi 2/2011 di Kuala Lumpur,semalam.
"Saya sendiri pergi ke semua wilayah.Ada 11 wilayah.kita dah pergi semua,kita beri penerangan kepada pemimpin peneroka dan saya fikir mereka mulai faham,"katanya lagi.
Di bawah cadangan penyenaraian itu,peneroka akan menukar kepentingan 51% mereka di dalam Felda Holdings melalui KPF bagi mendapatkan 61% penguasaan FGVH.
KPF memiliki 51% di dalam Felda Holdings manakala FGVH memegang baki 49%.....
>petikan ini di ambil di dalam surat khabar METRO pada 21/12/2011...sekian,,wasalam,,,,,..>,<

terbaek!!!!!
ReplyDelete@kin nomey ..huhu..thanks ye..:)>>~
ReplyDelete