Kumpulan Felda Global (Felda Global) telah memeterai perkongsian strategik anak syarikatnya,Felda Prodata Systems Sdn.Bhd. (Prodata) dengan UFIDA Software Co.Ltd. (UFIDA) untuk bersama-sama mempromosikan dan mengedarkan penyelesaian perancangan sumber perusahaan UFIDA di pasaran Malaysia dan Asia Tenggara .
Prodata adalah sebuah syarikat penyepaduan sistem yang terkemuka di Malaysia manakala UFIDA meruakan pembekal perisian pengurusan terbesar di Asia Pasifik.
Kedua-dua syarikat akan bergabung kepakaran untuk memasarkan penyelesaian perancangan sumber perusahaan (ERP) bagi syarikat-syarikat di Malaysia dan Asia Tenggara.
Prodata berkata,perkongsian strategik itu membabitkan pembangunan perniagaan,pelaksanaan,penyelenggaraan dan sokongan teknikal termasuk khidmat jualan sebelum dan selepas penyelesaian,
"Kerjasama ini selaras dengan strategi Prodata untuk menambahkan penawaran produk dan perkhidmatan kepada pelanggan.
"Buat masa ini,Prodata menyediakan perkhidmatan perkakasan komputer dan penyelesaian IT kepada FELDA,Felda Global dan pelanggan luar lain termasuklah Kementerian Pertahanan,Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,Kementerian Belia dan Sukan,Lembaga Hasil Dalam Negeri,Universiti Malaysia Pahang dan Agrobank,"kata Prodata di sini hari ini.
Tambah Prodata,pada masa yang sama,ia juga akan mempercepatkan perkembangan perniagaan UFIDA di arena antarabangsa melalui perkongsian strategik tempatan.
Sementara itu,Residen Felda Global,Datuk Sabri Ahmad berkata,kerjasama itu bakal menyediakan satu platform kepada kedua-dua pihak memanfaatkan kepakaran masing-masing.
"Kami percaya kerjasama dengan rakan kongsi strategik adalah satu cara untuk menjadi kompetitif di pasaran global,"ujarnya.
Sabri menambah , UFIDA mempunyai asas pelanggan sejumlah 1.2 juta serta penawaran penyelesaian yang menyeluruh,sekali gus menjadikan perjanjian itu satu peluang menarik untuk Prodata serta bersesuaian dengan strategik pertumbuhan Felda Global.
>.....<...>>diambil dari petikan di dalam UTUSAN MALAYSIA pd 23/12/2011..sekian,,wslm....=="hehe..penat sbenonye menaip berjeler-2 nie..xpe lah..demi blog..sy sggop..:)..bubye sume take care..^,^
No comments:
Post a Comment